Thursday, August 16, 2018

salam yang tidak semesra dulu

Assalamualaikum wbt. 

saya sebenarnya sudah kembali ke opis lama. opis lama yg 10 tahun dulu saya melapor diri. cumanya, department lain. setelah 1146 hari sy "membawa hati" ke K*M, akhirnya saya dikembalikan ke HQ. dgn fizikal mental rohani jasmani yang lebih parah. hahahaa.... cedera parah luar dan dalam. lalu, kemanakah lagi akan dihantar pulang kalau bukan ke pangkuan ibu pertiwi? eceeeh...

dan mereka2 yg telah sy tinggalkan selama 1146 hari di ibu pejabat ini.... begitulah. tak banyak yg berubah dlm masa 3 tahun. mungkin yg paling ketara hanyalah tampuk pemerintahan yang bertukar ganti. ada sebahagian kecil dari keadaan di sini berubah. tp sbhgian besarnya masih kekal berkerak yg sama.  ada sebahgian kecil orang2 yg sy rindukan sepanjang musim ketiadaan, telah pun tiada di sini. mungkin dah bawa hati ntah kemana. dan sebahagian mereka lagi, kekal di sini.. tak terkesan dgn ketiadaan saya selama ini. 

saya kembali ke sini dengan semangat yg saya harapkan, kalau tidak baharu pun... haraplah semacam baharu. kerana terlalu lama saya "mengembara", tenaga saya tersia dan terbuang begitu sahaja. 

walaubagaimanapun, proses menyesuaikan diri itu tidak semudah yg disangka. walau kita sedang berdiri di bekas tapak kaki sendiri. kerana pastilah angin perubahan yang bertiup sepanjang tahun, sedikit sebanyak meniup pergi sisa-sisa kasih yang saya tinggalkan disini. terkadang rasa kekok di surau sendiri, cafe sendiri, tandas sendiri. kerana... hidup masih perlu diteruskan dalam hal yang serba canggung ini. 

terlalu gembira kah saya apabila berpindah keluar dr K*M itu? tidak. tp, sekurang2nya, ada lampu pelita yang sudah lama terpadam dalam hati sy kembali menyinar. terangnya tidak serata alam, tp cukuplah buat saya menyuluh utk membuka pintu. 

waktu rehat sudah tamat. saya berundur dulu. nampaknya saya akan kembali menconteng di sini. walau tiada sesiapa lagi di sini. tapi saya selalu ada diri saya :)



No comments:

Post a Comment

LAGU PUTUS CINTA

 (( by the way, ini adalah post dari muka buku. kemudian terfikir, kenapa tidak post di sini saja.... )) hallu.... apakah ertinya sehari yg ...