Sunday, February 14, 2021

LAGU PUTUS CINTA

 (( by the way, ini adalah post dari muka buku. kemudian terfikir, kenapa tidak post di sini saja.... ))


hallu.... apakah ertinya sehari yg dijadikan hari kekasih? hari2 lain? hari apa? hari Kakashi? hahaha... 

so, here we go. ultimate breakup songs from my playlist....


1. Goodbye - Air Supply

lirik tersendu : There's nothing left to try/Though it's gonna hurt us both / There's no other way than to say good-bye

2. Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta - Flybaits

lirik tersendu : Sayang / Di dalam dunia ini / Tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu

3. Back to Black - Amy Winehouse

lirik tersendu : We only said goodbye with words / I died a hundred times / You go back to her / And I go back to....

4. Tiada Maaf Bagimu - Sharifah Aini

lirik tersendu : Ku tak sudi memandangmu / Pergi kau dari hidupku

5. Aku Yang Tersakiti - Judika

lirik tersendu : Oh Tuhan tolonglah aku / Hapuskan rasa cintaku / Akupun ingin bahagia / Walau tak bersama dia

6.  Sampai Hati - Spring

lirik tersendu : Entah mengapa rindu di hatiku masih di dada / Bukannya mudah nak kulupakan

7. Someone Like You - Adele

lirik tersendu : Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead

8. Mama Aku Ingin Pulang - Nike Ardilla

lirik tersendu : Untuk apa kalau / Ia tak cinta

9. Back to December - Taylor Swift

lirik tersendu :  It turns out freedom ain't nothin' but missin' you / Wishin' I'd realized what I had when you were mine

10. Januari - Glenn Fredly

lirik tersendu :

Berat bebanku

Meninggalkanmu

Separuh nafas jiwaku... sirna

Bukan salahmu

Apa dayaku

Mungkin benar cinta sejati tak berpihak. pada kita

Kasihku...

Sampai disini kisah kita 

Jangan tangisi keadaannya

Bukan karena kita berbeda

Dengarkan...

Dengarkan lagu... lagu ini

Melodi rintihan hati ini

Kisah kita

Berakhir di Januari


errmmm.... till then, enjoy~  (sambil menyapu si ayer mata)

Monday, September 10, 2018

ONE TWO JAGA

Assalamualaikum maya...
tadi siang sudah tonton ONE TWO JAGA. tak pasti berapa ramai yang terkinja2 nak tgk movie ni selain aku. sejak TOLONG AWEK AKU PONTIANAK, saya mmg peminat setia Amerul Affendi. so, bila ada movie lakonan Amerul Affendi, wajib tonton.

ok.. ONE TWO JAGA adalah cerita polis. polis baik polis jahat polis sangat jahat. cerita polis memang makanan saya. so, ONE TWO JAGA ni kira mcm jajan lah.
of koz lah saya tak ada byk ilmu filem nk sembang mcm2. dan ini bukan movie review mahupun movie critic. ini just nak cerita jer....

ada bbrp watak dlm cerita ni. Zahiril Adzim sbg Hussein, Amerul Affendi sbg Adi, Ario Bayu sbg Sugiman, Asmara Abigail sbg Sumiati ke apa nama dia. Rosdeen Subuh sbg serius tak igt nama apa tp dia pertner Hussein dalam ni.

kisahnya simple jer.... sehari je perjalanan cerita. baju pun sepasang je. tak penat fikir kakak wardrobe. by the way, cerita seharian yang akhirnya berakhir dengan tangkapan. 

hidup ni, kau jgn main2 dgn undang2. masa tu, chilli crab pun tak boleh nk tolong kau dah. jadilah polis yg jujur dan amanah mcm Hussein. tp, tolong kawal sikit emosi dan perasaan marah. jdlah polis yg bertindak pantas mcm Rayyan. hihihi.. jgn jd mcm Salleh, main depan belakang telan semua.
hahaha.. mmg tak de review, tp bercita2 nk tgk lagi pulak rasanya.

Thursday, August 30, 2018

surat cinta untuk starla

btw.. pegi kursus yg ala2 anti-stress dan penceramah suruh tulis surat cinta utk diri sendiri dgn menggunakan tangan yg tidak dominan. so here we go....


Thursday, August 16, 2018

salam yang tidak semesra dulu

Assalamualaikum wbt. 

saya sebenarnya sudah kembali ke opis lama. opis lama yg 10 tahun dulu saya melapor diri. cumanya, department lain. setelah 1146 hari sy "membawa hati" ke K*M, akhirnya saya dikembalikan ke HQ. dgn fizikal mental rohani jasmani yang lebih parah. hahahaa.... cedera parah luar dan dalam. lalu, kemanakah lagi akan dihantar pulang kalau bukan ke pangkuan ibu pertiwi? eceeeh...

dan mereka2 yg telah sy tinggalkan selama 1146 hari di ibu pejabat ini.... begitulah. tak banyak yg berubah dlm masa 3 tahun. mungkin yg paling ketara hanyalah tampuk pemerintahan yang bertukar ganti. ada sebahagian kecil dari keadaan di sini berubah. tp sbhgian besarnya masih kekal berkerak yg sama.  ada sebahgian kecil orang2 yg sy rindukan sepanjang musim ketiadaan, telah pun tiada di sini. mungkin dah bawa hati ntah kemana. dan sebahagian mereka lagi, kekal di sini.. tak terkesan dgn ketiadaan saya selama ini. 

saya kembali ke sini dengan semangat yg saya harapkan, kalau tidak baharu pun... haraplah semacam baharu. kerana terlalu lama saya "mengembara", tenaga saya tersia dan terbuang begitu sahaja. 

walaubagaimanapun, proses menyesuaikan diri itu tidak semudah yg disangka. walau kita sedang berdiri di bekas tapak kaki sendiri. kerana pastilah angin perubahan yang bertiup sepanjang tahun, sedikit sebanyak meniup pergi sisa-sisa kasih yang saya tinggalkan disini. terkadang rasa kekok di surau sendiri, cafe sendiri, tandas sendiri. kerana... hidup masih perlu diteruskan dalam hal yang serba canggung ini. 

terlalu gembira kah saya apabila berpindah keluar dr K*M itu? tidak. tp, sekurang2nya, ada lampu pelita yang sudah lama terpadam dalam hati sy kembali menyinar. terangnya tidak serata alam, tp cukuplah buat saya menyuluh utk membuka pintu. 

waktu rehat sudah tamat. saya berundur dulu. nampaknya saya akan kembali menconteng di sini. walau tiada sesiapa lagi di sini. tapi saya selalu ada diri saya :)



LAGU PUTUS CINTA

 (( by the way, ini adalah post dari muka buku. kemudian terfikir, kenapa tidak post di sini saja.... )) hallu.... apakah ertinya sehari yg ...